Halaqah Silsilah Ilmiyyah: Pembatal-Pembatal Keislaman (6)

 



Berkata Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab:


وَمِنْهُ الذَّبْحُ لِغَيْرِاللهِ


“Dan diantara contoh kesyirikan adalah menyembelih untuk selain Allah.”


Menyembelih untuk selain Allah adalah syirik, kerana menyembelih adalah ibadah.


Allah berfirman:


قُلۡ إِنَّ صَلَاتِی وَنُسُكِی وَمَحۡیَایَ وَمَمَاتِی لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ ۝ لَا شَرِیكَ لَهُۥۖ وَبِذَ لِكَ أُمِرۡتُ وَأَنَا۠ أَوَّلُ ٱلۡمُسۡلِمِینَ


“Katakanlah, sesungguhnya solatku, sembelihanku, hidupku, dan matiku, adalah untuk Tuan Sekalian alam. Tidak ada sekutu baginya. Dan demikianlah aku diperintahkan, dan aku adalah orang yang pertama-tama berserah diri.” [Surah Al-An’am: 162 - 163]



Allah menyebutkan bahawa menyembelih adalah untuk Allah. Kata لِلَّهِ ertinya adalah hanya untuk Allah. Tidak boleh diserahkan kepada selain Allah. Orang yang menyerahkan sembelihan kepada selain Allah maka dia telah menyekutukan Allah di dalam ibadah.


Allah berfirman dalam ayat yang lain:


فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ


“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” [Surah Al-Kauthar 2]


Allah memerintahkan menyembelih hanya untuk Allah. Dan telah berlalu bahawa perintah menunjukkan bahawa menyembelih adalah amalan yang dicintai Allah. Dan kalau dicintai maka dia adalah ibadah, sehingga tidak boleh diserahkan kepada selain Allah. Barangsiapa yang menyembelih untuk selain Allah maka dia telah terjerumus ke dalam syirik yang besar. 


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


لَعنَ اللَّهُ مَن ذبحَ لغيرِاللَّهِ


“Allah melaknat orang yang menyembelih untuk selain Allah.” [HR. Muslim]


Di sini Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berdoa kepada Allah supaya orang yang menyembelih untuk selain Allah mendapatkan laknat dari Allah. Dan yang dimaksudkan dengan laknat adalah dijauhkan dari rahmat Allah. Dan yang dimaksud dengan menyembelih untuk selain Allah adalah menyembelih seekor haiwan dengan tujuan bertaqarrub atau mendekatkan diri kepada selain Allah.


Syeikh mengatakan:


كَمَنْ يَذْبَحُ لِلْجِنِّ


“Seperti orang yang menyembelih untuk jin.”


Jin di sini, terkadang oleh manusia diberi gelar-gelar tertentu, seperti ‘penguasa laut selatan’, ‘penguasa gunung A’, ‘yang mbaureksa (menjaga) sungai B’, dan lain-lain. Di sebahagian daerah penduduknya menyembelih seekor haiwan kemudian kepala haiwan tersebut ditanam dan tujuannya adalah untuk mendekatkan diri kepada yang menunggu laut atau sungai atau gunung tersebut, supaya penunggu-penunggu tersebut tidak memudarati orang-orang yang tinggal di sekitarnya.


Kemudian beliau berkata:


أَوْ لِلْقَبْر


“Atau menyembelih untuk kuburan.”


Maksudnya untuk orang yang dikuburkan di tempat tersebut, baik yang dikuburkan adalah seorang Nabi, atau wali, atau yang lain.


Barangsiapa yang menyembelih di samping kuburan seseorang dengan tujuan mendekatkan diri kepada orang tersebut, maka dia telah terjerumus ke dalam kesyirikan yang besar.


Apa yang beliau sebutkan hanyalah sekadar contoh. Di sana banyak contoh-contoh kesyirikan yang tidak beliau sebutkan di dalam kitab ini.


Itulah yang dapat kita sampaikan pada halaqah kali ini. Semoga bermanfaat dan sehingga bertemu kembali pada halaqah selanjutnya.


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Abdullah Roy

Di kota Pandeglang


Materi audio ini disampaikan di dalam group Whatsapp Halaqah Silsilah Ilmiyyah (HSI) Abdullah Roy.

Ulasan