Halaqah Silsilah Ilmiyyah: Pembatal-Pembatal Keislaman (7)


Berkata Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab:

الثَّانِي: مَنْ جَعَلَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللهِ وَسَائِطَ يَدْعُوهُمْ وَيسْأَلُهُمْ الشَّفَاعَةَ، وَيَتَوَكَّلُ عَلَيْهِمْ كَفَرَ إِجْمَاعًا

“Kedua, barangsiapa yang menjadikan antara dia dan Allah perantara-perantara, berdoa kepada mereka, meminta kepada mereka syafaat, dan bertawakal kepada mereka, maka dia telah kufur, dengan kesepakatan para ulama.”

Hubungan antara pembatal keislaman yang pertama dan kedua, bahawa pembatal keislaman yang pertama lebih umum, kerana yang pertama mencakup berbagai jenis syirik besar. Sedangkan yang ke dua ini berbicara tentang salah satu diantara jenis-jenis syirik yang besar. Dan dikhususkan oleh penulis  - Wallahu Ta’ala A’lam- kerana banyaknya manusia yang terjerumus ke dalam jenis kesyirikan yang satu ini.

Beliau mengatakan, barangsiapa yang menjadikan antara dia dengan Allah perantara-perantara. Maksudnya adalah di dalam ibadah, menjadikan makhluk, baik itu seorang Nabi, malaikat, atau orang yang soleh, sebagai perantara di dalam ibadahnya kepada Allah agar mendekatkan dia kepada Allah. Atau menjadikan dia sebagai syufa’a (orang-orang yang memberikan syafaat baginya di sisi Allah) dan bertawakal kepada perantara tersebut, maka ini adalah perbuatan yang diharamkan, termasuk kesyirikan, kerana berdoa dan bertawakal adalah ibadah yang tidak boleh diserahkan kepada selain Allah.


Dalil yang menunjukkan bahawa doa adalah ibadah, firman Allah:

(وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدۡعُونِیۤ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ إِنَّ ٱلَّذِینَ یَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِی سَیَدۡخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِینَ)

“Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” [Surah Ghafir 60] 

Ayat ini menunjukkan bahawa doa adalah ibadah, dari dua sisi:

1. Allah memerintahkan kita untuk berdoa kepadaNya. Bererti Allah mencintai doa. Dan ini menunjukkan bahawa doa adalah ibadah.

2. Allah menamakan doa dengan ibadah. Kerana setelah Allah mengatakan, ‘Berdoalah kamu kepadaKu’ Allah berkata setelahnya, ‘Sesungguhnya orang-orang yang sombong dari beribadah kepadaKu’.

Oleh kerana itu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, الدُّعَاء هُوَ الْعِبَادَةُ, Doa itu adalah ibadah.” [HR. Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai, dan juga Ibnu Majah, dan disahihkan oleh Syeikh Al-Albani Rahimahullah.] 

Kemudian beliau membaca ayat yang ke-60 dari surah Ghafir di atas.

Sehingga barangsiapa yang berdoa kepada selain Allah, sungguh dia telah terjerumus ke dalam syirik yang besar, meskipun isi doanya adalah minta dimohonkan ampunan atau minta syafaat, atau minta didekatkan kepada Allah.

Kemudian dalil yang menunjukkan tawakal adalah ibadah, firman Allah:

وَعَلَى ٱللَّهِ فَتَوَكَّلُوۤا۟ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِینَ

“Dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah, jika benar kamu orang-orang yang beriman.” [Surah Al-Ma’idah 23]


Ayat ini menunjukkan bahawa tawakal adalah ibadah, dari dua sisi:

1. Allah memerintahkan untuk bertawakal.
2. Allah menjadikan tawakal sebagai bahagian dari keimanan, di dalam firmanNya, ‘kalau kamu benar-benar beriman’.

Dan iman adalah bahagian dari ibadah, kerana Allah SWT memerintahkan untuk beriman seperti dalam firmanNya:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ ءَامِنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ

“Wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kepada Allah dan RasulNya.” [Surah An-Nisa’ 136] 

Menjadikan orang yang soleh sebagai perantara, berdoa, meminta syafaat, dan bertawakal kepada mereka adalah perbuatan orang-orang musyrikin Quraisy.

Allah telah mengkhabarkan di dalam Al-Quran:

(وَیَعۡبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا یَضُرُّهُمۡ وَلَا یَنفَعُهُمۡ وَیَقُولُونَ هَـٰۤؤُلَاۤءِ شُفَعَـٰۤؤُنَا عِندَ ٱللَّهِۚ قُلۡ أَتُنَبِّـُٔونَ ٱللَّهَ بِمَا لَا یَعۡلَمُ فِی ٱلسَّمَـٰوَ⁠تِ وَلَا فِی ٱلۡأَرۡضِۚ سُبۡحَـٰنَهُۥ وَتَعَـٰلَىٰ عَمَّا یُشۡرِكُونَ)

“Dan mereka menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfaat kepada mereka dan mereka pula berkata: "Mereka (yang kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah akan apa yang Ia tidak mengetahui adanya di langit dan di bumi (padahal Allah mengetahui segala-galanya)? Maha Suci Allah dan tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan.” [Surah Yunus 18] 

Dan ayat ini, Allah mengkhabarkan kepada kita, tentang hakikat dari peribadatan sebahagian orang-orang musyrikin yang ada di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu ada diantara mereka yang menjadikan orang-orang soleh sebagai syufa’a, iaitu orang-orang yang memberikan syafaat bagi mereka di sisi Allah. Caranya adalah dengan menyerahkan sebahagian ibadah kepada orang-orang soleh tersebut, baik berupa nazar, menyembelih, berdoa, atau meminta syafaat kepada mereka seperti mengatakan, ‘Ya Fulan, berikanlah aku syafaat di sisi Allah.’

Allah berfirman:

وَیَعۡبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا یَضُرُّهُمۡ وَلَا یَنفَعُهُمۡ

“Dan mereka menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfaat kepada mereka.”

Seharusnya seseorang beribadah hanya kepada Zat yang memberikan mudharat dan memberikan manfaat. Dialah Allah, yang manfaat dan mudharat seluruhnya di bawah kekuasaan Allah. Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang, memberikan manfaat kepada seseorang, maka tidak ada yang dapat menolaknya. Dan apabila Allah menghendaki mudharat, maka tidak ada yang dapat menolaknya.

(وَإِن یَمۡسَسۡكَ ٱللَّهُ بِضُرࣲّ فَلَا كَاشِفَ لَهُۥۤ إِلَّا هُوَۖ وَإِن یُرِدۡكَ بِخَیۡرࣲ فَلَا رَاۤدَّ لِفَضۡلِهِۦۚ یُصِیبُ بِهِۦ مَن یَشَاۤءُ مِنۡ عِبَادِهِۦۚ وَهُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِیمُ)

“Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” [Surah Yunus 107] 

Orang-orang yang soleh, mereka sudah meninggal dunia. Menolong diri mereka sendiri sahaja mereka tidak mampu, lalu bagaimana mereka mampu menolong orang lain?
Memohonkan ampun untuk diri sendiri sudah tidak mampu, lalu bagaimana mereka memohonkan ampunan untuk orang lain?
Telah terputus amalan mereka sebagaimana telah terputus amalan selain mereka. Lalu apa alasan mereka berdoa kepada orang-orang soleh tersebut?

Allah mengatakan:

وَیَقُولُونَ هَـٰۤؤُلَاۤءِ شُفَعَـٰۤؤُنَا عِندَ ٱللَّهِۚ

“Mereka mengatakan, ‘Merekalah yang akan memberikan syafaat bagi kami di sisi Allah.”

Alasan orang-orang musyrikin ketika berdoa kepada orang-orang soleh tersebut bukan kerana meyakini bahwa mereka mencipta, memberikan rezeki, atau mengatur alam semesta. Akan tetapi tujuannya adalah supaya mereka-mereka ini memberikan syafaat bagi mereka di sisi Allah.

Diantara sembahan-sembahan mereka adalah Latta.

Allah berfirman:

(أَفَرَءَیۡتُمُ ٱللَّـٰتَ وَٱلۡعُزَّىٰ)

“Khabarkan kepadaku tentang Al-Latta dan Al-‘Uzza.” [Surah An-Najm 19] 

Ada yang membaca dengan Al-Latta, dengan mentasydid ت.

Sebahagian salaf menyebutkan bahawa Al-Latta ini adalah orang yang soleh. Dan dahulu apabila datang musim haji, dia sering memberi makan kepada orang-orang yang sedang beribadah haji. Dan ketika meninggal dunia, maka dia disembah selain Allah. Orang-orang musyrikin datang ke kuburannya dengan maksud meminta syafaat.

Kemudian Allah SWT membantah keyakinan orang-orang musyrikin tersebut. Allah mengatakan:

قُلۡ أَتُنَبِّـُٔونَ ٱللَّهَ بِمَا لَا یَعۡلَمُ فِی ٱلسَّمَـٰوَ⁠تِ وَلَا فِی ٱلۡأَرۡضِۚ

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah akan apa yang Ia tidak mengetahui adanya di langit dan di bumi (padahal Allah mengetahui segala-galanya)?”

Dari mana kamu tahu? Maksudnya, dari mana kamu tahu bahawa cara mendapatkan syafaat adalah dengan menyembah mereka dan menyerahkan sebahagian ibadah kepada mereka?

Ini adalah bantahan dari Allah terhadap orang-orang musyrikin kerana mereka berkata atas nama Allah, apa yang mereka tidak ketahui. Padahal Allah SWT dan RasulNya tidak pernah mengkhabarkan bahawa untuk mendapatkan syafaat dari orang-orang soleh adalah dengan cara mendekatkan diri, beribadah, atau berdoa kepada mereka. Cara seperti ini berasal dari bisikan syaitan kemudian sangkaan mereka semata.

Allah mengatakan:

سُبۡحَـٰنَهُۥ وَتَعَـٰلَىٰ عَمَّا یُشۡرِكُونَ

“Maha Suci Allah dan tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan.”

Allah menamakan perbuatan yang mereka lakukan tersebut sebagai perbuatan syirik.
Oleh kerana itu Syeikh mengatakan,
كَفَرَ إِجْمَاعًا “Dia telah kufur secara ijma’.”
Kerana syirik yang besar adalah satu diantara jenis kekufuran.

Bersambung...

Bacaan sebelumnya di sini

Ulasan