Al-Qaul ath-Thabit

Firman Allah SWT

یُثَبِّتُ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ بِٱلۡقَوۡلِ ٱلثَّابِتِ فِی ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَا وَفِی ٱلۡـَٔاخِرَةِۖ وَیُضِلُّ ٱللَّهُ ٱلظَّـٰلِمِینَۚ وَیَفۡعَلُ ٱللَّهُ مَا یَشَاۤءُ 

Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. [Surah Ibrāhīm: 27]

Rasulullah SAW bersabda ketika melalui kawasan perkuburan, baginda menyatakan: 

“Adapun orang yang beriman Allah telah meneguhkannya dengan al-Qaul ath-Thaabit (perkataan yang tetap teguh), manakala orang munafik atau yang ragu akan berkata: “Aa..Aa.. Aku tidak tahu.... Aku dengar orang ramai kata begitu lalu aku ikut cakapnya.” 

Maka dia pun dipukul dengan besi yang terdengar oleh seluruh makhluk kecuali manusia. Sekiranya manusia dapat mendengarnya, maka pasti mereka akan pengsan.” (HR. Muslim)

Kita semua maklumi pertanyaan utama di dalam kubur itu ada tiga, iaitu:

1. Siapa Tuhan kamu?
2. Apa agama kamu?
3. Siapa nabi kamu?

Ketiga-tiga persoalan ini InsyaAllah akan dapat dijawab sekiranya kita mempelajari agama ini dengan benar berdasarkan keterangan dalil yang sahih dan penjelasan ulama muktabar supaya kita tidak menjadi seperti yang dinyatakan dalam hadis Nabi di atas, bahawa dia hanya ikut-ikut cakap orang ramai. Atau mungkin ikut ustaz fulan, artis fulan, idola fulan dan seterusnya. Maka sudah tentu tiada jawapan yang tetap dan teguh yang dapat diberikan sehingga dipukul dengan palu yang menyakitkan sehinggalah tibanya hari kebangkitan.

Semoga kita semua termasuk golongan yang diberikan al-Qaul ath-Thabit di dunia dan di akhirat.

~ Penuntut ilmu kecil

Ulasan